Kisah pertama
Seorang dari Peranchis datang mengerjakan Ibadat haji di Mekah. Ia juga nak mencari pengalaman melihat sendiri bagaimana mayat orang orang Arab dikebumikan. Dia pun diizinkan bersama-sama orang yang menguruskan mayat (kalau ditempat kita dipanggil "penggali kubur"). Biasanya mayat yang telah seminggu, setelah kecut, dipindahkan ke tempat lain, bagi membolehkan mayat baru
ditempatkan disitu. Tapi yang peliknya pada hari itu, mayat yang diletakan disitu seminggu dulu, telah bertukar orang.
Sebenarnya mayat tersebut adalah seorang Lelaki Arab, tetapi sekarang seorang remaja wanita Peranchis. Kampung si pelawat tadi. Dia terkejut besar, setahunya wanita ini seorang Kristian, bukan Islam, bila pula dia meninggal??
Untuk kepastian, saudara kita ini balik ke kampungnya bertemu dengan keluarga wanita tadi. Keluarganya memberitahu bahawa anaknya itu baru seminggu meninggal dunia dan dikebumikan diperkuburan Kristian, kerana tiada tanda dan tiada berita ia masuk Islam.
Mereka pun untuk lebih pasti bersama keluarga wanita tersebut pergi menggali kuburnya dan amatlah terperanjat mendapati mayatnya telah tiada tetapi mayat seorang lelaki Arab pula disitu!!?? Apabila diselidik dari kawannya, didapati wanita ini telapun memeluk Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarganya? Hal ini tidaklah menghairankan sangat. Yang hairan sekali, kenapa si Arab yang Islam ini, berada dikubur Kristian
Maka ia pun kembali ke Mekah bertemu isteri si mati nak tahu kalau-kalau ia tahu mengapa terjadi demikian. Isterinya setelah berfikir sejenak, mengatakan?..Pada suatu malam, setelah berjimak, suaminya berkata "Yang bagusnya agama Kristian adalah setelah berjimak, mereka tak payah mandi macam kita yang Islam ni"�.