Wednesday, August 17, 2011

Jaguh Pedang

Dalam satu pertandingan untuk mencari jaguh pedang dunia,tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.Jaguh pedang dari Sepanyol,Jepun dan Malaysia.

Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan mereka bermain pedang kepada para penonton.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya,sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas.Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.

Giliran jaguh Jepun menghunuskan senjatanya.Kepantasan jaguh Jepun memang tiada tandingan,dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji jaguh Jepun itu.

Kini giliran jaguh pedang dari Malaysia.Segera ia menghunus pedangnya,mengibas ke kiri dan kekanan.Lalat ketiga masih terbang di udara,tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza.Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairanan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.

Melihat reaksi demikian,jaguh pedang Malaysia segera berkata,"Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan....

Kuliah

Seorang Professor sedang memberikan kuliah

pada 300 orang muridnya di sebuah universiti..

Kata Professor " Kalau anda tidak berminat dengan kuliah

yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa"..

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit

penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal

seorang saja yang tinggal..

Setelah Professor menghabiskan kuliahnya professor berkata

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya"..

"tidak mengapa tuan, saya kan driver tuan"..balas orang itu...

Datang Bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika

di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa

yang menarik untuk di ceritakan dan digambarkan keesokan

harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk

menggambarkan hal menarik yang ditemuinya. Dia pun

menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya

"Datang Bulan". Guru nya pelik dan menanyakan apa alasan

Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu yang menarik??..

Ali pun dengan selamba menjawab...

"Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan..

Tapi yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan dia

terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba

sakit jantung, ibu pula menangis tak berhenti dan anak muda

yang sewa di sebelah rumah bunuh diri".......

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan
ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan
dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan
wang..."

Sembahyang

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

3 Kali Curang

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.


Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Air Liur

Pada satu hari yang hening....Samad budak laki y berumur 4tahun sedang lepak dekat beranda rumah bersama ibunya yang sedang memangku adiknya yang baru berumur 1tahun 3bulan 14hari...tiba-tiba samad bertanya pada ibunya:

Samad : ibu, nape air liur adik selalu meleleh jea??

Ibu : laaa mna ibu tau, samad tolong kesat rrrr

Samad : xmau rrr ibu...kotor bangat...eeee

IBu : yang kamu tanya sangat tuh nape???

Samad : alaaaa ibu, gitau laaaa nape air liur adik 2 selalu meleleh jea???

Ibu : issshhh....nk tau knapa???

Samad : nak2....(sambil melompat2 katak)

Ibu : sebab adik kamu TAK PANDAI MELUDAH LAGI.....

Samad :..............????????

Menabung Dari Kecil

Bak kata pepatah melayu zaman tok nenek kita pernah berkata "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Pepatah tu bukan saja-saja dicipta masa diaorang bosan atau masa lepak-lepak dikedai kopi, tapi pepatah itu mempunyai maksud yang amat mendalam. Kita pun tahu yang menabung dari kecil ni penting untuk masa depan kita akan datang. Masa kita kecil-kecil dulu memang la tak rasa pentingnya menabung untuk masa depan, tapi bila dah besar panjang ni baru la tau memang penting sangat-sangat menabung ni. Sebab apa mungkin nanti kita akan sambung belajar suatu hari nanti yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Contohnya nak bayar yuran UTHM dalam lingkungan RM1800. Mungkin ada yang kata ptptn ada. Yela memang ada tapi mungkin lambat kan. Lagi satu dah selesai bayar yuran lepas tu nak tanggung kos sara hidup masa belajar. Kalau orang berada mungkin tidak rasa keperitan berbanding orang yang susah dari segi kewangan. Kita boleh je pinjam ptptn tu tapi sampai bila hidup nak berhutang kan. Sebab tu la konsep menabung dari kecil ni penting.

p/s: mane nak cekau nie :(

Satu Hari Di Pasar Malam

Cerita ni masa aku duduk di Kuantan, Pahang dulu. Masa tu aku pergi pasar malam dekat dengan Kem Batu 10 yang aku tinggal. Pasar malam Jaya Gading memang seberang jalan dengan Kem tu. Aku pergi pasar malam dengan mak aku masa tu. Aku kiranya jadi tukang bawak barang-barang kering dan basah la hehe. Masa jalan-jalan usha makanan yang sedap hingga menjilat usus dan tali-tali perut tu aku tiba-tiba rasa sangap nak makan keropok lekor. Aku ni memang pengemar keropok lekor tahap level 5 pun hehe. Aku pun apa lagi beli la dalam RM1 je sebab masa tu keropok tu satu 10sen je tak macam sekarang 20sen. Makan sambil pusing pasar malam tu sedar-sedar keropok lekor aku dah habis. Punya la sedap dalam masa 10minit je dah habis. Aku pun cari la tong sampah tak jumpa-jumpa sebab nak buang plastik bekas keropok lekor tu. Bila dah tensen sangat aku pun selit plastik tu antara plastik-plastik barang lain yang aku bawak tu. Lepas tu aku lepaskan plastik tu senyap-senyap je. Kirenye buat macam buang sampah merata-rata tapi secari silent mood hahaha. Tapi macam mana ntah ade seorang makcik ni boleh pulak nampak aku buang sampah tu. Dia pun tegur, dik beg plastik adik tercicir tu. Dem macam mana boleh kantoi pulak masa orang tengah ramai-ramai tu. Aku pun dengan muke berimanya pun kutip la balik plastik tu dengan ucapan Terima Kasih makcik sebab tegur. Padahal dalam hati menyumpah-yumpah sebab malu huhu. Lain kali buang la sampah cara berhemah sikit kan dah malu. Kalo tak ada sangat tong sampah dekat pasar malam tu simpan lepas tu buang dekat rumah. Malu tak dapat kebersihan pun terjaga.

p/s: lain kali beli keropok lekor tak mahu plastik biar pegang je senang tak payah nak buang sampah. hahahaha.

Wednesday, April 13, 2011

Dapat Kerja

assalamualaikum,..

hari ini saya akan cuba mengunakan ayat bahasa melayu dengan betul,..

hari khamis yang lepas pada 7.april.2011 saya telah pergi untuk temu duga kerja di Puchong, Selangor,..

saya dengan hati yang tenang dan ilmu yang tidak penuh ilmu didada telah pergi temuduga yang telah ditemani oleh Dante,..

wow tidak aku menyangka telah mendapat,..

18.april.2011 masuk la,..

p/s: mcm nak demam je gune ayat2 skema,..dem,..haha

Wednesday, March 16, 2011

Syarat2 menjadi dak chaterz


(untuk yg baru join,..haha)

1) font mesti la kecik,..x melebih saiz 10 (mengikut jenis font)

2) berkelakuan baik jgn eksen

3) taip yg elok2 sahaje jgn merapu2 (tkt org x mo kwn kang naya)

4) bg slm yg penuh assalamualaikum bkn askum sbb askum dh balik nepal

5) jgn lucas2 (tkt ramai yg pm)

6) jgn vc dlm room kalo setakat nak ckp test2 hello2

7) mesti la sorg yg single (bg sorg wanita)

p/s: wow :O btl ke nie :O wow :O magic :O mcm x caye je :O wow :O

Tuesday, March 1, 2011

Pada Suatu Hari,..


ehem2,..
Lokasi: City Park Seremban 2
Time: x bape nak tgh hari or petang
Tarikh: 27 Feb 2011

Saturday, February 26, 2011

Blackberry+Black Woman=???


Ptg td aku aku lepak ngan dante kat NS Coner kat Seremban 2 dkt ngan Jusco,..lps je minum aku g la kat kereta,..baru nak start engine kereta tibe2 sorg sorg wanita negro mintak tlg,..aku rase dia student yg blja kat kolej area2 N9 nie gak kot,..

negro: excuse me, can u help me how tu redeem point from Hotlink,..
aku: er2 can2 first dail *100# next press button number bla2( aku dgn belagaknye wlaupun aku muet pun band 1,.. =)) hahaha)
negro: ok2 but what still can't redeem point
aku: miss i celcom user not maxis user,..i forgot how to redeem point use hotlink

pastu aku tanye dante sbb dante pki mxs dante pun tlg la dia bla2 pastu dpt la,..tgk2 point dia 48 je,..pastu dante kate x ckup nie nak dpt mesej or call free,..pastu pompan tu pun blah la,..
aku ngan dante gelak besar sbb dia pki blackberry kot tp nak redeem point,..haha,..ape slhnye dia top up rm 3 ke leh la mesej nie point 48 tp nak tebus :(( =)) hahahaha,..dh tu pki blackberry lak tu :)) hahaha,..baik pki sonyericsson mcm aku je tp x de la sampai x de kedit :(( =)) hahaha,..

p/s: wah idam btl aku menantang blackberry nie,..=)) :))

Friday, February 25, 2011

Serahkan Pada Yang Di Atas


Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, sayang, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..
Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"......

p/s: wakluuu haha

Thursday, February 24, 2011

Aku Konvo Lagi!!!


  1. assalamualaikum,..wah aku konvo lagi,..tp kali nie utk Diploma lak,..
  2. dulu konvo sijil je :P
  3. nampak2 name aku no. 240 tu,..
  4. bwh aku pejal,..
  5. dem sblh dia plak,..
  6. x pe geng2 lain pun dkt2 je ngan aku,..
  7. asal boleh,..
  8. mase sijil dulu aku org pertama naik pentas,..
  9. yg nie no. 5,..boleh la,..hehe
p/s: zoom kalo nak lebih jelas :P

Perlembagaan Pekerja Sosial

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid
dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika
mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."


Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
dari kereta..mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta..Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan..Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni..
nampaknya Rosni tidak membantah..Beberapa minit kemudian..
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas...
Rosni masih tidak membantah...hinggalah akhirnya ketika
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..
Rosni berkata dengan sopan..

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannyamenjauhi Rosni..
walaupun sebenarnya dia tidak berapa
ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan
mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya:

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja"
Hamid: (dlm hati: ciss....)......

p/s: haha,..korg jgn ngade2 nak bt,..sekeh mau,..

Selesema Burung H1N1 kot ke H5N1 ntah la

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.
Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti,….

Jumpe Balik!!! Gambar Mase Lawatan Ke Universiti Malaya tahun 2005

Rindu2 time nie,..hehe
Ape la korg bt skrg ye,..huhu

  1. Nah belek2 fb mmbr2 sekolah dulu leh plak terjumpe gmbr atas sekali tu,..gmbr bwh nie aku dh lame ade,..hehe
  2. rindu gile time nie,..mase nie sekolah kat SMK Seri Mahkota Kuantan(sekolah paling top dgn bdk2 gengster,.. anak polis gaduh ngan anak askar tu dh biasa dgr,..anak polis pun satu hal dh tau sekolah tu sebelah kem tentera lagi mau besar kepale,..g la mampos same lu),..time nie dpt g KL mcm dpt emas la wei,..hehe,..skrg kL dh muak mcm nak muntah la plak,..ngan jem nye ngan asap x de tapis,..hehe
  3. Time nie muke semua budak2,..yela ting. 5 muke skem2 gitu,..x pdt msk UM pun bergambar pun jd la labu,..haha
  4. Dlm gambr nie kat ats sekali tu dari kiri,..aku, malik, jijo, arwah amin, hafiz jamil, hafiz sazali, wan, azrol(ntah lupe lak name beliau) dn yg hujung sekali tu where,..pompan lak kat yati n safini,..hehe
  5. Gmbr bwh lak wanie, aku, akmal, juju, hafiz sazali(bkn anak ku sazali ye,..hehe), arwah amin, wan, where,..yg duduk plak syazwan, nadia, safini dan farid,..
  6. tgk gmbr nie sayu plak dh bape tahun arwah amin x de,..mcm x caye mase dpt berita dia eksident moto dpn kem bt. 10 mase blk dr keje kat shell,..semoga roh dicucuri rahmat,..
  7. ape2 pun dgr cite diaorg nak bt reunion bln 4 nie,..wah funtion2,..haha
Related Posts with Thumbnails