Sunday, October 25, 2009

Peninggalan Jepun

berikut di senaraikan beberapa peninggalan jepun yang masih wujud hingga kini..

1. Slipar jepun - slipar yang hanya layak digunakan ke bilik kecik

2. Hantu Jepun - hantu yg berpakaian tentera jepun.. mesti nak potong kapla

3. Penampar Jepun - klo kena mau bengkak pipi siot

4. Tauhu Jepun - ramai gak yg x tau sbb makan tanpa sedo

5. Bahasa Jepun - digunakan olh mamat rock.. BANZAI

6. Kumpulan Jepun - kat Malaysia pun ada.. KAMIKAZE

Kisah benar tentang budak sekolah


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

MURTAD dari segi PERMIKIRAN

Kisah pertama

Seorang dari Peranchis datang mengerjakan Ibadat haji di Mekah. Ia juga nak mencari pengalaman melihat sendiri bagaimana mayat orang orang Arab dikebumikan. Dia pun diizinkan bersama-sama orang yang menguruskan mayat (kalau ditempat kita dipanggil "penggali kubur"). Biasanya mayat yang telah seminggu, setelah kecut, dipindahkan ke tempat lain, bagi membolehkan mayat baru

ditempatkan disitu. Tapi yang peliknya pada hari itu, mayat yang diletakan disitu seminggu dulu, telah bertukar orang.

Sebenarnya mayat tersebut adalah seorang Lelaki Arab, tetapi sekarang seorang remaja wanita Peranchis. Kampung si pelawat tadi. Dia terkejut besar, setahunya wanita ini seorang Kristian, bukan Islam, bila pula dia meninggal??

Untuk kepastian, saudara kita ini balik ke kampungnya bertemu dengan keluarga wanita tadi. Keluarganya memberitahu bahawa anaknya itu baru seminggu meninggal dunia dan dikebumikan diperkuburan Kristian, kerana tiada tanda dan tiada berita ia masuk Islam.
Mereka pun untuk lebih pasti bersama keluarga wanita tersebut pergi menggali kuburnya dan amatlah terperanjat mendapati mayatnya telah tiada tetapi mayat seorang lelaki Arab pula disitu!!?? Apabila diselidik dari kawannya, didapati wanita ini telapun memeluk Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarganya? Hal ini tidaklah menghairankan sangat. Yang hairan sekali, kenapa si Arab yang Islam ini, berada dikubur Kristian

Maka ia pun kembali ke Mekah bertemu isteri si mati nak tahu kalau-kalau ia tahu mengapa terjadi demikian. Isterinya setelah berfikir sejenak, mengatakan?..Pada suatu malam, setelah berjimak, suaminya berkata "Yang bagusnya agama Kristian adalah setelah berjimak, mereka tak payah mandi macam kita yang Islam ni"�.

Tuesday, October 20, 2009

adoi

pening2,..
bz gile ar sems nie,..
asgment bersepah,..
tp buat last2 minit gak,..
ape la nak jadi nie,..
hehehe,..

Tuesday, September 8, 2009

gath perak 2

ni aku nak sampaikan je la,..
sape yg berminat nak join,..
sila baca iklan dibawah nie,..
hehe,..

Sesiapa berminat join gath perak 2 di MIDVALLEY K.L 26.09.09 (sabtu) sila sms ke no 019-5508339-teach atau 012-5938124-gg .Sila beritahu nama anda sekali. Kalau ada org mau join,kami akn konfemkan jadi ke x

lame x update

sory la semua lame gile aku x update blog,..
bz gile sampai lupe nak update,..
lagi pun leh terlupa aku ade blog,..
hahaha,..

nak cite pasal makmal tanah aku nie,..
perh bulan2 pose kena berjemur tgh2 panas,..
siap pki tenaga byk lak tu,..
tekak kering beb,..
rase nak bedal je air paip tu,..
tp iman masih kuat n tunggu berbuka pose je la,..
dugaan la tu,..
biasa la bulan pose kan byk dugaan,..
hehe,..

minggu ni n minggu dpn sblm raya bz gile la,..
ngan asgment, kuiz n ujian,..
bz2,..
ngan sems ni sems pendek,..
semua kejar mase,..
blja baru bape kerat dh nak ade ujian,..
perh pecah kepale la camni,..
+ ngan kepale lutut sekali,..
hehehe,..

dgr dak kelas rancang nak bt bukak pose ramai2,..
ntah jadi ke x,..
cam aku kat puo dulu x jadi sbb dak2 x de kenderaan,..
dak2 polipd kat sini semua pki keta,..
perh lord ar,..
biasa la cuti setahun dh keja leh la beli mcm2 kan,..?
harap2 jadi la bkk pose sekali,..
ye la bkn dpt dh peluang camni dh kan,..?
time ni la nak kenal2 ngan semua dak2 kelas,..

kot2 dpt awek sorg 2 ke kan2,..?
hehe,..
gurau je,..
dh la aku sorg je dak puo dpt kat polipd nie,..
haha,..

perh thn ni raya kat kg la,..
memang syok la sbb dh lame x raya kat kg,..
dulu mase kecik2 setahun sekali balik kg,..
ye la dok kat srwk ko nak balik tiap2 bulan ke,..?
tokey balak jual kayu camtu,..
hahaha,..
thn ni dpt raya kat kg best la sket,..
layan,..
jumpe sedara mara,..
yg penting duit raya,..
hahaha,..

byk lak aku tulis nie,..
sekian tq,..
hak2,..

Monday, July 27, 2009

shin chan lagi???


ni la komik aku beli ptg td kat terminal one,..
minat punye pasal aku beli nak lengkapkan koleksi yg ade,..
semua sekali aku beli ptg td lam rm72.00,..
kalo termasuk yg lame2 kat ratus gak la,..
er berbaloi kan,..

Wednesday, July 15, 2009

angsa, burung dan zoo nye

sejak dok kwsn tmn perumahan ni mcm2 lak pengalaman aku dpt,..
ye la dari lahir sampai besar dok kem je,..
tu la bile dok kwsn perumahan ni rase lain lak,..
ade la sorg jiran aku ni,..
tp rmh dia belakang barisan rmh aku,..
rmh teres la,..
dia ni cam pelik sket,..
hari tu aku bwk keta nak balik rmh,..
nak smpi rmh aku kena lalu jalan raya dpn rmh dia,..
sbb dpn rmh dia main road,..
time sedap2 drive leh lak ade angsa 4 ekor melintas dpn aku,..
perh nak kena stop lak bg dia laluan,..
boleh lak jiran aku ni dia bela angsa kat kwsn taman perumahan tu,..
dia x tau ke undang2 tmn perumahan x leh bela ape2 haiwan,..
kalo ikut kucing pun x leh,..
tp kucing ni org x kisah sgt,..
ni angsa,..
adoi,..

aku ade usha rmh dia ni,..
burung pun dia bela,..
byk gile sangkar,..
dia ni ptt bt rmh kat hutan la,..
semua dia nak bela,..
ade dia bg tau dia nak bela lembu,..
gile ape bela lembu kat kwsn perumahan,..
ko nak bela g la lam hutan tu,..
nanti ngan taik lembu ngan angsa ko lak bersepah kat rmh2,..

kalo dia bela lembu hbs la,..
nak kena bg lembu melintas diikuti angsa2 beliau baru la leh keta lalu,..
kalo dia bela lembu,..
siap la,..
dia ngan lembu2 dia aku humban lam sungai,..
hahaha,..

kenduri kawin vs awek

bln lepas aku g la kenduri kawin kat pD,..
pas2 makan aku lepak2 la jap,..
pastu aku ade nmpk satu awek ni,..
cun gak free hair,..
ngah2 dok usha2 tu dia lalu la dpn aku,..
tp x la dpn sgt tp dok ikut mak dia,..
umo dlm 18thn kot,..
time dia ngah jalan tu dia lalu kat satu jln ni,..
jln tu penuh air biasa la kenduri,..
dia angkat la kain dia bwh paras lutut,..
perh,..
muke cun tp kaki,..
penuh lak kudis2,..
harap je muke cun,..
mesti main kat parit nie,..
sbb tu byk kudis,..
hehehe,..

bosan, bosan dan bosan

perh bosan gile beb,..
x tau nak bt ape,..
on9 slalu pun bosan gak,..
ade x sape2 tlg bg hilang bosan aku nie,..
dh la lame x update blog,..
on9 hari2,..
huhu,..
bosan,..bosan,..bosan,..

Saturday, June 27, 2009

korg jgn tensen sgt k

(er pakcik pinjam pic ye,..hehe)

sedih gak bile dgr member2 aku rmi yg tensen sbb x dpt smbg blja,..
adoi,..tp korg rileks la sbb rayuan ade lagi,..sampai 14 ogos,..
korang jgn risau ade rezeki dpt la tu,..
harap2 korg dpt la ye,..biar kita same2 happy,..
jgn sedih2 n tensen2 lagi k,..
hidup ska4c,..

p/s: bak kate pepatah melayu moden KO RILEKS SUDAH! hehe,..

atan dan cikgunyer


Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????...

Saturday, June 20, 2009



- Anda rasa anda hot?
~~© kami x hot,..kami panas,..hehe

- Upload gambar kegemaran anda.
~~© sile tgk kat atas tu,..hehe

- Kenapa anda suka gambar ini?
~~© sbb time ni kami semua jadi geng,..(2thn nak ejas baru leh jadi geng,..hehe)

-
Bila kali terakhir makan pizza?
~~© piza ke,..? lame dh x makan,..tunggu piza free je nie,..ahaks

-
Lagu terakhir yang anda dengar?
~~© alamak lupe lak,..lagu yg best la,..haha

-
Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
~~© dgr lagu sambil2 usha2,..hehe

-
Selain name sendiri, anda suke dipanggil dgn nama apa?
~~© izz, faiz, along(tok family je)

-
Tag lagi 5 org?
~~©
  1. kadok
  2. kilo
  3. ciken
  4. bunge
  5. ecah


-
Siapa no. 1 pada anda
~~© dak kelas aku merangkap geng merapu,..hehe

- Orang no. 3 ada hubungan dgn sesiapa?
~~© misteri,..hehe

-
Kata sesuatu mengenai org no. 5?
~~© tuang asid baik2,..meletup kang,..hehe

- Bagaimana pula org no. 2?
~~© bile nak kawin,..?hehe

-
Pesanan kpd no. 4?
~~© jage dak penang baik2,..hahaha

Thursday, June 18, 2009

tag n award from dieya


5 Fakta menarik tentang pemberi award ini:
  • kwn blogger yg pemurah(suke bg award)hehe
  • cun,..hehe
  • blog dia sentiasa cantik n kreatif
  • dia ni single lagi
  • dia suke kucing,..(same la)

10 FAKTA @ Hobi diri sendiri:

  • suke jalan2
  • suke on9 n chating
  • suke basuh keta n moto
  • dak baik(konon nye la)
  • suke berkawan
  • suke kumpul benda yg lame2
  • suke mereka ayat2 baru
  • suke mencube benda baru
  • mudah mrh n mudah cool
  • tido awl n bagun pun awal

di tag oleh minah rempit yg x reti bwk moto (nerd)



a. Siapakah Nama Anda dan sila nyatakan link blog anda sekali!
~~© faiz@izz Π http://korileksudah.blogspot.com

b. Anda Kawan Saya?
~~© kawan je,..ajak detim x mo,..gurau,..hehe

c. Bagaimana Cara Kita Bertemu?
~~© kenal lam chating room je,..tu pun mase dia war2kan hari jadi dia lam room,..x pernah jumpe pun,..dia tu bz date agaknye kot,..hehehe

d. Anggapan Anda Apabila Pertama Kali Bertemu Dengan Saya?
~~© seorang yg biasa

e. Anda Masih Beranggapan Sedemikian?
~~© x de nye,..rupenye dia seorang yg sengal,..hahaha

f. Apakah Yang Mengingatkan Anda Kepada Saya?
~~© ingat kat dia yg suke

g.
Anda Tahu Semuanya Tentang Saya ?
~~© tau la sket2,..tu pun kalo dia bg tau,..nak korek rahsia ssh bebenar,..hehe

h.
Terangkan Diri Saya Dalam Satu Perkataan.
~~© suke bebel 24jam sehari 7hari seminggu,..hehe

i.
Perkara Yang Anda Tak Suka Pada Diri Saya?
~~© ajak detim x mo,..

j.
Kali Terakhir Anda Berjumpa Dengan Saya?
~~© kalo x silap last sekali jumpe dia time 30thn lepas(aku pun x lahir lagi, jumpe kat alam lain kot) hehe

k.
Kelemahan Saya?
~~© kelemahan dia ialah x reti nak stop

l. Jika Anda Mampu Beri Apa Saja Kepada Saya, Apakah Ia?
~~© aku bg dia cucur udang yg sedap kat melake tu,..ahaks

m. Perkara Yang Mengembirakan Saya?
~~© g date la tu,..n kalo dpt biasiswa yg dia idam2kan selame nie,..

n. Perkara Yang Menyedihkan Saya?
~~© ade satu kes tu telan mati mak,..luah mati bapak,..
o. Saya Sudah Berpunya?
~~© dia dah,..area2 selatan gak,..aku je belum,..ahaks

p.
Mungkinkah Saya Akan Berkahwin Pada Suatu Hari Nanti?
~~© dia ke,..? jap2 aku call dia,..halo nerd ko nak kawin ke,..? owh kawin dulu kemudian nikah ke,..? isee,..tut tut tut alamak panggilan terputus la plak,..hehe

q.
Kata2 Yang Ingin Anda Beritahu Kepada Saya Tetapi Tidak Kesampaian.
~~© bile kita nak g date nie,..hehe
r. Anda Rasa Saya Pendengar Yang Setia?
~~© yes that me,..(dari kecik aku dgr masalah org, tp aku pun byk gak masalah, er ade sape2 nak dgr x,..?hehe)

s.
Jika Saya Tiada Lagi Di Dunia Ini, Apakah Perasaan Anda?
~~© sedih la,..x de la org nak membebel ngan aku kat chating room tu,..sedih waaa,..akan ku taburkan bunga mawar dipusara mu,..(gurau je)

t.
Kata2 Terakhir Anda...
~~© majulah sukan untuk negara,..eh2 silap2,..ni aku nak kate sikit ko jgn la slalu emo,..pk masak2,..pas tu bt tindakan yg btl,..gud luck,..all the best nerd

u. Aku Nak Tag Semua Human Yg Ade Blog N Pernah Usha Blog AKu Yg X Seberapa Nie,..Thax Semua

Wednesday, June 10, 2009

banduan gersang


Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,

"Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Tuesday, June 9, 2009

web tok cek jenis handphone korg


korg leh cek hp jenis ape korg pki,.. taip je jename n jenis phone,.. kuar semua data,.. web ni dpt pun mase aku keja kat celcom dulu,.. kami cek hp customer gune web nie,.. diaorg nak tipu kelebihan hp dioarg x dpt la,.. tgk kaki la beb,.. hehe,..

klik di sini

p/s: celcom care line izz sedia membantu :P

ni web tok download themes handphond


best gak benda ni,..
byk themes, video, picture yg korg leh pilih,..
themes pun utk semua jenis hp,..
kire layan gak la,..
pe2 hal klik kat bwh nie,..
tgk la sendiri ye,..
hehe,..

Sunday, June 7, 2009

orang panggil aku aisyah


Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."

orang asli


Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol :"Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

pak ali


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau
aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata
'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua"..

rugi merokok


Seorang anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.

Polis : "Kenapa kamu merokok?"

Pelajar: "Suka hati saya la."

Polis : "Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?"

Pelajar: "Diri duit belanja sekolah saya."

Polis : "Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? dan berapakah harganya?"

Pelajar: "Satu hari, satu bungkus dan harganya lebih kurang RM6."

Polis : "Kenapa kamu bakar RM6 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun, mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal, tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini."

Pelajar: "Boleh saya tanya encik sesuatu?"

Polis : "Boleh."

Pelajar: "Encik merokok?"

Polis : "Tentunya tidak."

Pelajar: "Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu kereta hak milik kerajaan?"

kahwin dengan lelaki


Rizal ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,"adakah anda sudah berkahwin?". "Sudah, Tuan." jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : "Sudah berapa kali, kamu berkahwin"

Rizal : "Sekali sahaja.",

Peguam : "Dengan siapa kamu berkahwin?",

Rizal : "Seorang perempuan, Tuan!"

Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, "Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?" ,

Rizal : "Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Saturday, June 6, 2009

lrt kita

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

lawak sin chan


Guru dan Sin Chan... Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

Guru: Papan tanda mana ?

Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?

Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"

Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Apakah formula untuk air?

Sin Chan: "HIJKLMNO"!! Guru: Apa yang awak cakap tu?

Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.

Sin Chan: Di sini Cikgu,

Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!

Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?

Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.

Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh gigitan serangga?

Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"

Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !

Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?

Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?

Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?

Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, kenapa bila kamu melintas jalan kamu suka berdiri disebelah kiri kawan² kamu?

Sin Chan: Sebab kereta datang disebelah kanan, kalo eksiden, kawan² la yg kena langgar dulu.

Guru: ?????????

Related Posts with Thumbnails