Sunday, June 7, 2009

rugi merokok


Seorang anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.

Polis : "Kenapa kamu merokok?"

Pelajar: "Suka hati saya la."

Polis : "Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?"

Pelajar: "Diri duit belanja sekolah saya."

Polis : "Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? dan berapakah harganya?"

Pelajar: "Satu hari, satu bungkus dan harganya lebih kurang RM6."

Polis : "Kenapa kamu bakar RM6 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun, mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal, tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini."

Pelajar: "Boleh saya tanya encik sesuatu?"

Polis : "Boleh."

Pelajar: "Encik merokok?"

Polis : "Tentunya tidak."

Pelajar: "Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu kereta hak milik kerajaan?"

No comments:

Related Posts with Thumbnails