Bak kata pepatah melayu zaman tok nenek kita pernah berkata "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Pepatah tu bukan saja-saja dicipta masa diaorang bosan atau masa lepak-lepak dikedai kopi, tapi pepatah itu mempunyai maksud yang amat mendalam. Kita pun tahu yang menabung dari kecil ni penting untuk masa depan kita akan datang. Masa kita kecil-kecil dulu memang la tak rasa pentingnya menabung untuk masa depan, tapi bila dah besar panjang ni baru la tau memang penting sangat-sangat menabung ni. Sebab apa mungkin nanti kita akan sambung belajar suatu hari nanti yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Contohnya nak bayar yuran UTHM dalam lingkungan RM1800. Mungkin ada yang kata ptptn ada. Yela memang ada tapi mungkin lambat kan. Lagi satu dah selesai bayar yuran lepas tu nak tanggung kos sara hidup masa belajar. Kalau orang berada mungkin tidak rasa keperitan berbanding orang yang susah dari segi kewangan. Kita boleh je pinjam ptptn tu tapi sampai bila hidup nak berhutang kan. Sebab tu la konsep menabung dari kecil ni penting.
p/s: mane nak cekau nie :(
No comments:
Post a Comment