Cerita ni masa aku duduk di Kuantan, Pahang dulu. Masa tu aku pergi pasar malam dekat dengan Kem Batu 10 yang aku tinggal. Pasar malam Jaya Gading memang seberang jalan dengan Kem tu. Aku pergi pasar malam dengan mak aku masa tu. Aku kiranya jadi tukang bawak barang-barang kering dan basah la hehe. Masa jalan-jalan usha makanan yang sedap hingga menjilat usus dan tali-tali perut tu aku tiba-tiba rasa sangap nak makan keropok lekor. Aku ni memang pengemar keropok lekor tahap level 5 pun hehe. Aku pun apa lagi beli la dalam RM1 je sebab masa tu keropok tu satu 10sen je tak macam sekarang 20sen. Makan sambil pusing pasar malam tu sedar-sedar keropok lekor aku dah habis. Punya la sedap dalam masa 10minit je dah habis. Aku pun cari la tong sampah tak jumpa-jumpa sebab nak buang plastik bekas keropok lekor tu. Bila dah tensen sangat aku pun selit plastik tu antara plastik-plastik barang lain yang aku bawak tu. Lepas tu aku lepaskan plastik tu senyap-senyap je. Kirenye buat macam buang sampah merata-rata tapi secari silent mood hahaha. Tapi macam mana ntah ade seorang makcik ni boleh pulak nampak aku buang sampah tu. Dia pun tegur, dik beg plastik adik tercicir tu. Dem macam mana boleh kantoi pulak masa orang tengah ramai-ramai tu. Aku pun dengan muke berimanya pun kutip la balik plastik tu dengan ucapan Terima Kasih makcik sebab tegur. Padahal dalam hati menyumpah-yumpah sebab malu huhu. Lain kali buang la sampah cara berhemah sikit kan dah malu. Kalo tak ada sangat tong sampah dekat pasar malam tu simpan lepas tu buang dekat rumah. Malu tak dapat kebersihan pun terjaga.
p/s: lain kali beli keropok lekor tak mahu plastik biar pegang je senang tak payah nak buang sampah. hahahaha.
No comments:
Post a Comment